Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN KU TEMU KEMBALI.


FADILAT SOLAT TERAWIKH DI BULAN RAMADAN

  • Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
  • Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
  • Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
  • Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
  • Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
  • Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.lam 9
  • Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
  • Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
  • Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16 - Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
  • Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  • Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19 - Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  • Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
  • Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
  • Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
  • Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
  • Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  • Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
    "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar"

**Salam Ramadan buat seluruh umat muslimin dan muslimat**

Wednesday, August 26, 2009

Selamat menyambut Ramadhan


Askm...sedar x sedar dh masuk pn bulan posa. Cepat sgt masa ni berlalu pergi,klu Husin Bolt nk kejar masa pn xkan terkejar.Aku nk ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di bulan yg mulia ni kt semua umat Islam.Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dr yg sebelum2 ni....Sama2 la kita tingkatkan amal ibadah kita utk tampung dosa2 yg banyak kita lakukan sebelum ni...InsyaAllah...

Tuesday, August 11, 2009

Bertemu kembali.....


Salam...
Sory sbb aku x update blog ni..Aku lupa kata aku penah wat blog.
Hahaha.Semalam pas aku ushar blog mmber aku,din dang,baru aku nmpk ada blog aku ni...
pasword dia pn aku dh lupa...Skrg aku dh kembali...
Tggu lah update blog aku ni....

Monday, July 28, 2008

Huhh.....!!!!

Woho....Nama diberi Mohd Asri Bin Idris. Aku mula tgk dunia pada 3 Februari 1987 di Kg. Simpang Tiga,Keladi, Kulim. Aku sekolah rendah kt SK Keladi lepas 2 masuk sek men kt SMK Kulim. Dh boring kt ctu aku pndah msuk SM Teknik Kulim, ambil kej.awam. Abis SPM aku keje dlu kt restoran. Hehe. Alhamdulillah, rezki aku murah....dpt la smbung stdy kt Kolej Matrikulasi Melaka. Tup tap tup tap dah abis stahun kt matrik..Jd kena la blk kedah tggu twaran U..Alhamdulillah sekali lg, aku dpt twaran masuk KUiTTHO dan skrg dh tkar nama jd UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Hurm....sedar x sedar, skrg aku dh masuk Thn 3kt sini. 2 la ckit pasal education aku...Nnti aku cerita yg lain plak.=)

Monday, July 14, 2008

Askm...

Askm...hm...aku baru ja lepas wat blog ni.Xtau nk tulis pa lg.Hehehe.